Saturday, March 6, 2010

Nostalgia 80-an

...Gambar diatas diambil dari memori yang tersimpan dikepala nie. Gambar yang terpampang di dalam ingatan ni tercipta dalam diari hidup ku sekitar tahun 1980-an. Suasana kampung Batu 2 Jalan Apas, Tawau ini begitu meriah dengan hiruk pikuk(sekadar meminjam perkataan untuk kota) kanak-kanak yang sebaya, ndak sebaya atau pun yang sudah dewasa dari ku.

Friday, March 5, 2010

Lama Betul... :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Aduh..lamanya aku ndak update blog ku ni. Terdapat kekangan dari segi server, tugas & lebih2 lagi semangat untuk menulis tu sebenarnya. Semalam aku kuatkan semangat untuk mencantikkan lagi blog ku ni supaya orang semakin lama semakin tak menyampah dengan muka2 yang sama..dah lah kandungannya takda perubahan, 'baju' dan 'seluar'nya pun ndak pandai berganti2..heheheh..

Friday, September 11, 2009

Hidup Seorang Seniman...
Kruz!, Kraz!, Kruz!, Kraz!...
Biru, merah, kuning,
Saling bergaul antara satu sama lain,
membentuk 'kawan' baru,
Si hijau, jingga dan juga ungu,
mengharmoni dunia lukisan Sang Seniman...

Monday, September 7, 2009

Aku Menulis Lagi...

Salam Ramadhan kepada seluruh umat muslimin dan muslimat serta bloggers2 yang kutabik hormat ke atas kekentalan semangat membuat dan mengemaskini blog masing2.hehehe..nie tengah ngantok nak tidur nie tapi tak dapat nak lelap gak pasal cuaca panas sangat kat pedalaman tempat aku bertugas nie.

Thursday, August 27, 2009

BERBUKA PUASA DARI SUASANA BERBEZA...
Peperangan, Kemiskinan, Keharmonian...

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar saudara Muslim kita yang lain di seluruh dunia sejahtera, aman dan damai.-Amin-

Peperangan...

Kemiskinan...

Keharmonian...
KISAH JENAKA

PETUA PAK PANDIR TAK LAPAR SEMASA PUASA - (Sumber : harinanti.blogspot.com/)

Pada suatu hari di bulan posa, pak pandir & isterinyer pergi solat terawih dimasjid. Pada malam itu masjid telah menjemput Ustaz Akhil Hayy untuk memberi ceramah agama tentang puasa ramadhan.
Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan." Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang¡­ ." kata Ustaz Akhil Hayy itu. Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya.
Esoknye paginyer rumah pak pandIr menjadi kecoh dengan gelagat pak pandir meronta-ronta kesakitan perut. Sudah beberapa kali pak pandir pergi ke tandas dan pak pandir juga asyik terkentut memanjangIsteri pak pandir tak tahan, maka bertanyalah isterinya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sahur tadi?? sampai jadi camni?? ".
"aku ikut ckp ustaz Akhil Hayy la ni tuk wat kita tahan posa sampai berbuka.. Tadi sahur aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu¡­. berak-berak makan julap.mesti saitan serik nak makan makanan kita lg kan3x.."
muahahahahahaha!!!!!Sesungguhnya¡­ niat pak pandir memang suci¡

Wednesday, August 26, 2009

Sekadar Menulis Di Sebalik Masa...

Assalamualaikum kepada seluruh umat Muslim & Salam Sejahtera kepada semua..

Apa khabar hari ini? Aku menulis lagi dalam blog ini. Tidak ada yang istimewa pada 'post' yang kali nie aku coretkan. Sekadar menulis di sebalik masa yang ada, sementara menunggu waktu berbuka. heheh..
Aku belum lagi meneruskan beberapa cerita yang bersiri yang dibuat dalam post2 terdahulu..takpalah. Kata orang "biar lambat, asal selamat"..Jadi untuk mengelakkan segala keter'babas'an bahasa, ayat dan juga jalan cerita pendek tersebut, lebih baik aku buat secara perlahan-lahan kan?...(ke takda idea dah oiii...)..hehehe...
Cuti sekolah seminggu nie, aku duk kat rumah jak..memang takda berjalan ke mana-mana. Jalan kat bazaar adalah jugak tapi maksud aku, berjalan-jalan makan angin ngan famili ke, kawan ke, yang tu takdalah..duk rumah jak jaga anak..maklumlah..aku tak boleh nak berenggang ngan anak pertama nie..letih macammana pun, aku nak gak jaga dia walaupun tak cukup tido ke apa ke..hmmm..begitu rupanya rasa menjadi bapak kan..mesti bapak sesiapa di dunia nie pun begitu jugak..heheh yelah, dah namanya bapak...
Jalan-jalan kat Bazaar Ramadhan membeli juadah berbuka..hmmm..mana-mana pun sama gak suasananya..meriah.Meriah ngan manusianya, dengan makanannya, Minumannya..pendek kata memang meriahlah..."YA BANG, MARI BANG, AYAM PERCIK, SAYAP PANGGANG, BUNTUT AYAM, ONDE-ONDE, MARI BANG, BELI BANG.."..Ayat-ayat nie biasalah kita dengar..yang lebih dahsyat pun ada lagi tu..siap ada aksi lagi tu gua cakap lu...heheheh..tapi takpalah..macam-macam cara orang kita mencari rezeki..yang penting kita beli benda-benda tersebut, sememangnya halal dari mereka...
Tarawih malam memang lazim dilakukan pada setiap kali Ramadhan menjelma..Macam dekat kampung aku kat Batu 2 Jalan Apas, Tawau, cukup meriah..boleh katakan memang penuh masjid kat kampung aku nie..kalau awal datang, bolehlah duk kat karpet lembut kat dalam masjid, kalau lambat, rasakanlah tikar kat luar masjid.Tapi kat luar nie susah nak khusyuk, budak-budak lalu lalang kat depan kita..nak je aku 'kick' pala budak tu sekali..hehehe..tapi tak payahlah..buang masa jak..dah namanya budak-budak..aku zaman budak dulu pun gitu gaklah tu..heheheh..
Bah, rasanya sampai disini dululah coretan 'Sekadar Menulis Di Sebalik Masa' aku kali nie..Boleh aku katakan 'post' atau topik di bawah tajuk 'Sekadar Menulis Di Sebalik Masa' nie, cuma coretan aku di kala boringlah..hehehehe..Selamat Berbuka...
TAZKIRAH RAMADHAN - 3

DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH- (Petikan tazkirah dipetik daripada web/blog Hamba Allah yang menyebarkan dakwah Islamiyah dan saya cuba untuk berkongsi kepada anda untuk kita sama-sama berfikir serta menginsafi diri)

Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang. Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan. Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah swt. memohon sesuatu recommedation bagi manusia yang berpuasa di bulan Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga Firdaus. Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100 bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.

Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

MORAL & IKTIBAR

Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.

Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan yang terpuji
Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa dalam Lailatul-Qadr.

Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga Firdaus.

Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.

Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang Ramadhan ini.
TAZKIRAH RAMADHAN - 2

-LUQMANUL HAKIM (Model Guru Mithali)-(Petikan tazkirah dipetik daripada web/blog Hamba Allah yang menyebarkan dakwah Islamiyah dan saya cuba untuk berkongsi kepada anda untuk kita sama-sama berfikir serta menginsafi diri)

APABILA menyebut soal pendidikan anak-anak secara tidak langsung ia lebih tertumpu kepada tugas dan tanggungjawab ibu bapa. Untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang kamil tidaklah semudah yang diperkatakan dalam buku, majalah dan seminar.

Ia lebih menekankan soal keinsafan, kesedaran dan sikap tanggungjawab yang mendalam di samping mempunyai aqidah yang kental terhadap Allah SWT. Justeru itu, Allah SWT telah merakamkan beberapa keistimewaan yang dilakukan oleh Luqmanul Hakim sewaktu mendidik anak. Di antara nasihat Lukman kepada anaknya ialah:

1. Hendaklah engkau selalu berada di majlis para ulama' dan dengarlah kata-kata para hukama (orang yang bijaksana), kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati dengan hikmat sepertimana menghidupkan bumi yang mati dengan hujan yang lebat.

2. Janganlah engkau jadi lebih lemah daripada seekor ayam jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari sedangkan engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu.

3. Janganlah engkau menangguhkan taubat kepada Allah kerana mati itu akan datang tiba-tiba.

4. Dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak orang sudah ditenggelamkannya. Oleh itu, jadikanlah taqwa sebagai kapalnya.

5. Pukulan bapa ke atas anaknya bagaikan air menyirami tanaman.

6. Tiga orang yang tidak dapat dikenali melainkan pada tiga keadaan. Orang yang lemah lembut melainkan ketika marah, orang yang berani melainkan ketika berperang dan saudara maramu melainkan ketika engkau berhajat dan memerlukan pertolongan daripadanya.

7. Sesungguhnya dunia ini sedikit sahaja, sedangkan seluruh umurmu lebih sedikit daripada itu. Manakala umurmu yang masih berbakti lagi amat sedikit daripada yang lebih sedikit tadi.

AQIDAH

Masalah aqidah adalah masalah yang paling penting dalam kehidupan seorang muslim. Ia merupakan asas atau tapak bagi pembangunan Islam. Dewasa ini kita dapati banyak penyelewengan terjadi sama ada dari segi pemikiran, perkataan mahupun tingkah laku. Kesemuanya berpunca daripada tidak memahami aqidah Islam secara mendalam.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan ingatlah sewaktu Luqman berkata kepada anaknya: "Wahai anak kesayanganku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar."(Surah Luqman: 31).

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa Luqman memulakan nasihat kepada anaknya supaya tidak melakukan syirik kepada Allah SWT. Jiwa anak yang masih suci itu harus dibersihkan daripada sebarang kerosakan dan kesesatan yang berpunca daripada syirik. Ini bererti pendidikan tauhid mesti diajar dan ditanam ke dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil lagi.

Kebanyakan ibu bapa hari ini tidak menekankan pelajaran tauhid kepada anak-anak. Bukan sahaja demikian bahkan terdapat juga di kalangan ibu bapa tidak tahu mengenai pelajaran tauhid. Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya anak-anak generasi muda mudah tergelincir keimanannya?

Syirik amat mudah berlaku sekiranya di dalam diri seseorang itu tidak ditanamkan dengan aqidah untuk beriman dengan Allah SWT secara kental. Membentuk jiwa anak-anak agar sentiasa mengingati Allah dalam segala gerak geri dan perbuatannya adalah menjadi tugas dan tujuan yang paling utama bagi setiap pendidikan.

Hal yang demikian tidak mungkin berlaku kecuali setelah setiap pendidik membiasakan anak-anak mengingati Allah ketika mereka sedang bekerja, berfikir dan mendapat sesuatu. Ibu bapa perlu banyak mendidik anak-anak dengan membiasakan mereka melihat perbuatan yang baik daripada ibu bapa. Sebagai contoh Sahal bin Abdullah menceritakan bahawa:

"Ketika aku berumur tiga tahun, aku sudah mulai bangun malam dan memerhatikan bapa saudaraku solat. Tiba-tiba pada suatu hari dia bertanya kepada aku, adakah engkau mengingati Allah yang menjadikan engkau? Lalu aku bertanya, bagaimana cara mengingati-Nya?, kemudian beliau berkata kepada ku, sebutkan dalam hatimu tiga kali ketika hendak tidur tanpa menggerakkan lidah mu (Allah bersamaku, Allah melihatku dan Allah menyaksikanku).

Setelah beberapa kali aku melakukan, lalu disuruhkan pula aku menyebutnya tujuh kali pada setiap malam. Selepas itu disuruhnya pula sebelas kali sehingga aku merasakan kemanisan bacaan itu dalam hatiku. Setelah berlalu masa setahun, maka dia berkata kepadaku, "Wahai Sahal! jagalah baik-baik apa yang aku ajarkan engkau itu dan bacalah ia hingga engkau masuk ke dalam kubur."

Katanya lagi, "Wahai Sahal! Siapa yang mengetahui dan menyedari yang Allah sentiasa bersamanya, menyaksikannya, apakah boleh dia berbuat maksiat lagi? Jauhkanlah dirimu daripada perbuatan maksiat." Melalui proses latihan yang disebutkan di atas serta pendidikan keimanan yang murni muncullah Sahal menjadi seorang ulama' yang terkenal.

SOLAT

Firman Allah bermaksud:
"Wahai anak kesayanganku! Dirikanlah solat." (Surah Luqman: 17). Islam memberikan keutamaan yang sangat besar kepada solat yang tidak pernah diberikan kepada ibadat lain. Kerana ia adalah tiang agama, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Pokok pangkal sesuatu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah jihad fi sabillillah." Solat yang dikhendaki oleh Islam bukanlah sekadar berkata-kata yang diucapkan oleh lidah dan pergerakan badan.

Tetapi solat yang sebenar adalah yang dilakukan dengan penuh perhatian dan tumpuan pemikiran, penuh rasa takut dalam hati serta menzahirkan keagungan dan kebesaran Allah, itulah solat yang diterima oleh Allah SWT.

Dari segi kejiwaan, solat memberikan ketenangan dan kekuatan bagi jiwa seseorang. Daripada segi kesihatan, ia mendidik seseorang supaya menjaga kebersihan dan melatih badan agar sentiasa segar dan cergas. Dari segi akhlak pula ia mencegah perbuatan mungkar dan menjaga waktu manakala dan dari segi kemasyarakatan solat mendidik persamaan dan persaudaraan.

Berbakti kepada kedua ibu bapa

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya mengandungkan dengan menanggung kelemahan demi kelemahan, dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. "Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu, kepada Ku jua tempatmu kembali." (Surah Luqman: 41)

Ibu bapa mempunyai kedudukan yang paling istimewa. Mereka menduduki tempat yang kedua sesudah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Oleh kerana itu, tiada seorang pun di atas muka bumi ini yang dapat menyamai kedua dua ibu bapa. Berbakti kepada ibu bapa adalah wajib ke atas setiap anak dalam apa jua keadaan sekalipun ia merupakan asas terpenting dalam pendidikan Islam.

Manakala menderhaka kepada kedua ibu bapa adalah berdosa besar. Adalah mudah bagi anak-anak yang sudah biasa terdidik atas sikap berbakti dan menghormati kedua ibu bapa untuk dididik dan diasuh supaya menghormati jiran tetangga, guru-guru dan seterusnya menghormati manusia seluruhnya.

SABAR

Kesabaran adalah suatu keperluan dalam usaha menegakkan keimanan, melaksanakan amal soleh, memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Semuanya bukanlah suatu perkara yang mudah. Oleh itu, ia sangat memerlukan kesabaran. Kesabaran dalam menghadapi hawa nafsu, musuh-musuh luar dan kesusahan lain. Begitu juga kesabaran amat perlu dalam menempuh jalan perjuangan yang amat panjang dan semestinya mengikuti tahap-tahap yang teratur untuk menuju matlamat.

JANGAN SOMBONG

Sifat takabur adalah lahir daripada perasaan bangga diri yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Biasanya seseorang yang takabur dikuasai oleh sifat-sifat buruk lain seperti taksub, mudah marah, dendam dan hasad dengki. Sebaliknya, Islam menganjurkan tawadduk kerana ia salah satu sifat terpuji yang amat digalakkan oleh Islam. Kalau takabur menjadi punca pertelingkahan dan perbalahan, maka tawaduk adalah pengikat yang menguatkan persaudaraan, mengukuhkan perpaduan serta melahirkan keselamatan dan ketenangan.

KESEDERHANAAN

Kesederhanaan menggambarkan ketenangan dan kesopanan tingkah laku. Tenang dan sopan santun adalah buah daripada budi pekerti mulia yang sangat dituntut oleh Islam. Begitu juga melembutkan suara ketika bercakap adalah menjadi ukuran pekerti mulia.

DAKWAH

Adalah menjadi fardhu ain bagi setiap muslim supaya melaksanakan tugas menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Firman Allah bermaksud:

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah daripada yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung," (Surah Ali Imran: 104).

Pendidikan Luqman adalah pendidikan yang menyeluruh dan lengkap meliputi asas-asas aqidah, ibadat, akhlak dan dakwah. Oleh sebab itulah Allah telah merakamkan pendidikan Luqman itu untuk dijadikan contoh kepada umat Islam sepanjang zaman.

Monday, August 24, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN - 1

-RAMADHAN PENGHULU SEGALA BULAN-(Petikan tazkirah dipetik daripada web/blog Hamba Allah yang menyebarkan dakwah Islamiyah dan saya cuba untuk berkongsi kepada anda untuk kita sama-sama berfikir serta menginsafi diri)

Alhamdulillah sekali lagi tahun ini kita diberikan kesempatan untuk berpuasa sekali lagi dalam bulan yang mulia ini. Bulan Ramadhan atau disebut bulan puasa memang dinanti-nantikan kedatangannya kerana ia dikatakan 'penghulu segala bulan'. Dalam bulan inilah semua orang Islam diwajibkan berpuasa, suatu amalan yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt.

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr'. Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.

Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Rejab, Sy'aban dan Ramadhan adalah gandingan bulan yang mulia. Rejab dikatakan bulan milik Allah, Sya'ban milik Nabi Muhammad dan Ramadhan bulan bagi umat Muhammad. Ini bermakna bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang ini adalah bulan paling istimewa bagi kita umat Nabi Muhammad. Oleh sebab itu gembira menyambut ketibaan Ramadhan sahaja (belum berpuasa lagi) Allah mengharamkan kita dari api neraka. Malang bagi sebahagian daripada kita terlalu gembira menyambut kedatangan awal tahun 1998 sehingga bersekang mata menunggu beramai-ramai ketibaan 1 Januari - 12.00 tengahmalam dengan sukaria tetapi dengan Ramadhan tidak pula disambut begitu rupa. Neraca apakah penilaian yang kita gunakan?

Sepanjang Ramadhan kita berpuasa, menahan anggota dari melakukan perkara yang membatal atau mencederakan puasa. Setiap saat dipermudahkan untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Pendek kata kita boleh mendapat pahala sepanjang masa dalam Ramadhan. Ini tidak dapat dilakukan pada bulan-bulan lain dan dalam ibadat-ibadat lain.

Begitu hebatnya tawaran dan anugerah Allah sehinggakan Malaikat Jibril menerangkan kepada Baginda saw bahawa orang yang tidak memperolehi pengampunan dalam bulan ini adalah orang yang betul-betul celaka dan malang. Mudah-mudahan kita semua tidak termasuk di dalam golongan yang tidak mendapat rahmat Allah di bulan Ramadhan ini.

Jibril mengatakan demikian lantaran amat mudah sekali mendapatkan keampunan Allah dalam bulan ini. Hal ini tidak berlaku dalam bulan-bulan lain. Mereka yang terlalu engkar dan melawan Allah sahaja yang terkecuali dari mendapat keampunan. Pintu kerahmatan ditutup baginya.

Sama-samalah kita memohon keampunan ke hadrat Allah swt sempena Ramadhan tahun 1418 ini semoga kita memperolehi keselamatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat. Amin. Kita belum pasti akan bertemu dengan Ramadhan tahun 1419. Oleh itu, beribadatlah sebanyak mungkin dengan melakukan segala ketaatan seperti membaca al-Quran, bersedekah dan sebagainya di samping mengelakkan diri dari melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.

Ya Allah, terimalah amalan kami yang kerdil dan bergelumang dengan dosa ini. Ampunilah kami sebagaimana Engkau mengampunkan umat terdahulu. Sesungguhnya kami sangat bergembira dengan kedatangan Ramadhan ini. Kami sedar sabda rasulmu bahawa mereka yang gembira menyambut Ramadhan, Engkau haramkan dari api neraka. Oleh itu kami memohon sepenuh hati semoga kami juga Engkau jauhkan dari azab neraka. Amin.

Promosi