Monday, December 31, 2012
0 comments

ProFolio ; Suatu Pengenalan Penciptaan - NYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Dibuka kata pemula dengan segala Puji-MU Ya Allah, Tuhan Sekalian Alam. Selawat & Salam Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, Keluarga, Para Sahabat Baginda, Pewaris Para Nabi (Ulama), Muslimin & Muslimat di mana juga berada di atas muka bumi yang sementara ini.

Firman Allah SWT Surah Al Baqarah, ayat 32 :

سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ

Maksudnya : Maha Suci Engkau Ya Allah, Tiadalah kami mempunyai pengetahuan selain daripada apa yang Engkau telah berikan kepada kami, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
'ProFolio' penggabungan kata dari kata pinjaman Bahasa Inggeris iaitu 'Profile' - butir-butir tentang seseorang. 'Folio' - Halaman buku yang besar atau penggunaan kata 'PortFolio' - lembaran atau penyimpanan sesuatu dokumen bukti pekerjaan contohnya hasil-hasil kerja kreatif yang dikumpulkan bagi tujuan rujukan oleh pelanggan yang ditawarkan sesuatu perkhidmatan mahupun untuk tujuan mendapatkan pekerjaan.
Setelah meneliti apa yang dimaksudkan blogger terhadap blog yang dibina ini, jelas ia dengan tujuan memaparkan serba sedikit Profil diri blogger dan juga hasil - hasil kerja yang mungkin dapat ditawarkan kepada mereka yang memerlukan khidmat kerja kreatif. Semoga dengan usaha kecil ini, dapatlah kiranya mengenali dengan lebih ramai penggiat kreatif yang telah popular, lama dan juga yang baru hendak berjinak-jinak dalam lapangan ini.
-Wassalam-


Newer Post
Previous
This is the last post.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Media Blogger

0 comments:

Post a Comment

©RonieMisran. Powered by Blogger.
 
Toggle Footer
Top