Wednesday, January 9, 2013
0 comments

Seni Mural;Vandalisme Terpimpin

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera!

Topik yang blogger akan bawa pada kali ini adalah berkenaan tentang Seni Mural. Bagi blogger sendiri yang berkecimpung dalam lapangan ini, menganggap seni mural adalah seni yang boleh dikatakan telah wujud ribuan tahun dahulu sebelum wujudnya formaliti tulisan. Blogger berkata demikian melalui maksud dan 'skema' penghasilan mural itu sendiri. Mural adalah bidang menggambar atau lukisan yang dikaryakan di dinding atau boleh kita katakan Seni Lukisan Dinding. Bunyinya hampir sama sekiranya kita melihat seni moden hari ini seperti seni Grafitti yang turut sama dihasilkan di dinding. Perbezaannya adalah grafitti lebih menekankan tentang tulisan huruf yang terhasil oleh idea generasi-generasi 'X' zaman sekarang (mungkin blogger akan cuba menyelongkar pula Seni Grafitti ini pada pos akan datang).
Kita berbalik semula dengan seni mural ini iaitu dengan kita sama-sama merujuk berkenaan tentang seni prasejarah yang telah ditemui oleh para pengkaji-pengkaji zaman prasejarah. Antara artifak-artifak yang mereka kaji termasuk juga berkenaan Lukisan Gua (Cave Painting). Lukisan gua yang terawal (terawal atau tertua) telah di temui di Gua El Castillo, Utara Sepanyol. Ia dihasilkan kira-kira 40,000 tahun yang lampau. Karya-karya yang dihasilkan dipercayai mengikut pengalaman sekeliling yang dihuni oleh penghuni prasejarah dahulu. Blogger tidak akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai karya Lukisan Gua tersebut kerana rentetan sejarah lukisan-lukisan gua yang dijumpai terlalu banyak sekali untuk dijelaskan di sini.

'Vandalisme' Terpimpin - Jauh sekali rasanya ingin menyentuh berkenaan 'Demokrasi Terpimpin' yang pelopori oleh Tokoh Nasionalis Republik Indonesia, Bung Karno. Tidak terjangkau oleh daya pemikiran untuk mempelopori maksud sebenar kata-kata itu. Tapi yang ingin dibawa oleh blogger hanyalah karya kecil iaitu Seni Mural.

Bermula di sekolah menengah sehinggalah saat ini, blogger mengambil sedikit ruang rezeki yang dihamparkan oleh Allah SWT melalui seni mural. Hanya melakukan separuh masa terutamanya di waktu cuti persekolahan. Bakat ini banyak diasah oleh guru blogger, En Arbin Setta yang pada waktu itu masih berkhidmat di SMK Jalan Apas Tawau, Sabah. Bermula dengan perancangan yang telah diatur, beliau menggerakkan tenaga kerja dengan memilih beberapa pelajar yang telah dikenalpasti boleh dan berani melakukan kerja ini. Kenapa blogger katakan aspek BERANI? Kata-kata beliau sehingga kini masih terngiang-ngiang di telinga bila mana hendak memulakan sesuatu tempahan melukis mural. "Kalau melukis, jangan takut salah!"..Hasilnya?.. Ya! Alhamdulillah..memang blogger akui melalui kata-kata itu, blogger boleh melukis mural dengan mudah tanpa risau kesalahan warna yang dilakukan pada subjek-subjek yang dipilih. Anda boleh cuba!
   
       Pada penghujung tahun 2011, blogger mendapat PM (private message) melalui akaun facebook, daripada seorang kawan yang bertugas di Kolej Komuniti. Bertanyakan tentang adakah mempunyai ruang masa untuk dapat menggunakan khidmat blogger melukis mural. Dengan kata putus yang boleh dilakukan, blogger merubah beberapa jadual waktu aktiviti masa cuti yang hampir pada ketika itu.

       Jadi itu adalah secebis kisah yang blogger kongsikan kepada pembaca blog ini tentang pengalaman yang Insya Allah akan berterusan lagi untuk beberapa tahun akan datang, selagi kudrat ini masih diizinkan oleh Allah SWT untuk menggunakan rezeki yang dibentangkan-NYA di seluruh alam ini. Foto-foto yang terdapat pada pos ini adalah sedikit daripada aktiviti VANDALISME TERPIMPIN yang dikaryakan oleh blogger untuk dikongsikan kepada anda semua.






Comments
0 Comments
Facebook Comments by Media Blogger

0 comments:

Post a Comment

©RonieMisran. Powered by Blogger.
 
Toggle Footer
Top