Wednesday, January 2, 2013
0 comments

'Sta'minda

STAMINDA!..Boleh jadi juga, post pada kali ini sekadar men'stabil'kan minda. Lebih kurang begitulah dimaksudkan oleh blogger. Post kali ini sekadar berkongsi beberapa foto tentang penjelajahan, pendakian, penaklukan (dan yang seumpama dengannya) gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu (Klik Lagu: Sayang Kinabalu). Jadi apa kena mengena dengan tajuk 'STA'MINDA?

      Kata orang, 'Menyeluk Pekasam Biar Sampai Ke Pangkal Lengan' . Rasanya itulah yang boleh blogger katakan sekiranya pendakinya lebih kurang seperti diri blogger yang STAmina tak berapa power sangat. Pendakian kali pertama pada tahun 1996 (16 tahun), STAmina boleh tahan lagi dan sampai ke puncak 'Low's Peak' (nama puncak Gunung Kinabalu) dalam masa hanya beberapa jam serta berkesempatan melihat matahari terbit.

    Kelelahan, ke'umur'an' dan ke'semangat'an turun sedikit di kala mendaki kali kedua pada tahun 2011. Kali ini, blogger lebih santai berjalan satu-satu anak tangga yang disediakan sambil menikmati alam sekeliling yang terdiri daripada flora dan fauna yang menyejukkan mata serta suhu yang menggigilkan tulang (Pro-Kontra yang positif). Bukan apa santai sebenarnya. Bila 'GEAR' di tangan, klik!, klik! berjalan lebih laju daripada kaki yang melangkah. Aktiviti itu dapat menenangkan MINDA ketika itu dan boleh dikatakan faktor minat terhadap fotografi itu yang mendorong blogger untuk mendaki kali kedua ini. Tanpa STAmina disertakan MINDA yang positif, jangan mimpi untuk merasakan keseronokan dalam kepayahan kudrat mendaki gunung ini. 
Periuk Kera
    Beberapa keping foto ini mungkin cukup membayangkan kepada para pembaca post ini tentang keseronokan menikmati alam hutan Kinabalu.Pelbagai spesis yang sememangnya cukup 'sifat'nya seperti yang kita lihat di buku-buku atau dokumentari banyak terdapat di sini.Seperti foto di atas, blogger memberanikan sikit diri ini masuk ke belukar di tepi 'trail' yang dilalui untuk mendapatkan rupa Periuk Kera yang pelbagai bentuk mengikut aras ketinggian di sekitar pergunungan ini.
Pemandangan dari penginapan Laban Rata
Setelah melakukan pendakian selama lima jam, blogger akhirnya sampai di pertengahan perjalanan untuk ke puncak Kinabalu. Blogger dan para pendaki lain akan berehat di rumah penginapan pendaki di Gunting Lagadan. Terdapat beberapa penginapan di sini yang diuruskan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, Hotel Sutera Harbour.
Pendakian ke puncak Kinabalu akan bermula pada pukul 2 pagi. Rehat serta tidur yang cukup diperlukan bagi memastikan pendaki dan blogger sendiri, akan sentiasa bergerak melakukan pendakian. Sekali terlelap ketika pendakian waktu subuh itu, maknanya ....... lambatlah sampai.. :).. dan ia juga akan lebih meletihkan badan kita sendiri. Ini dapat dirasakan oleh blogger sendiri apabila pendakian kali kedua ini, cukup meletihkan malah beberapa kali terlelap semasa pendakian pada ketika embun membasahi bumi ini. Sejuknya tak payah ceritalah.
South Peak
Walaubagaimanapun, cukuplah foto-foto yang blogger lampirkan ini berbicara kepada anda. Keseronokan plus letihnya bercampur baur. Ada ketika terdetik di hati "kali ni last aku mendaki gunung Kinabalu ni"...adakala terdetik pula "Insya Allah, panjang umur, mahu mendaki lagi.."

~ SELAMAT MENDAKI ~
Blogger! ...Puncak di belakang adalah Low's Peak. Nampak macam dekat lagi... :)







"Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman." (Surah al-Jaathiyah, ayat 3)

"Bersama Menghayati Keindahan Ciptaan Allah SWT"

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Media Blogger

0 comments:

Post a Comment

©RonieMisran. Powered by Blogger.
 
Toggle Footer
Top