Tuesday, January 21, 2014
0 comments

[ Seni Foto ] Pengenalan || Mengaplikasikan Prinsip Seni Dalam Fotografi


Alhamdulillah. Kurang ilmu untuk membicarakan sesuatu, namun sikit yang ada ini ingin aku kongsikan kepada anda. Bermula dari sudut pengenalan ini, aku akan cuba untuk menyiapkan dan melengkapkan pos entri bertajuk '[SeniFoto] Mengaplikasikan Prinsip Seni Dalam Fotografi'.

MENGAPAKAH SAYA MEMILIH TAJUK INI?

Terdetik beberapa ketika, bilamana datang 'nafsu' untuk memuatnaik foto-foto hasil tangkapan sendiri di ruangan laman sosial 'facebook' (fb), antara komen-komen mahupun mesej yang aku terima amat memberangsangkan lagi minat ini.

- "cantiknya ron..."
- "nice..."
- "ada editka.."
- "kalaula aku boleh tangkap macam ni.."
- "ko pakai kamera apa ron?.. kenapa ko cantik tangkap gambar ni..?"


Ini antara jawapan aku...
- "Terima kasih"
- "Thank you"
- "ada, pakai photoshop"
- "Boleh bah jugak kalau kau"
- " Olympus bro..yakah?..sikit-sikit jak bah..hehe"..


Aku tidak berniat sikit pun menerbitkan pos entri ini untuk meng'IYA'kan karya ku cantik seperti komen di terima. Istilah 'Cantik' terlalu luas untuk diterjemahkan dalam bidang ini dan sifat pandangan mata seseorang. Samada ianya cantik dari segi :

- subjek foto yang memang cantik 
#wanita 
#perhiasan 
#rumah banglo 
#fesyen
#tasik/kolam/laut/pantai


atau,

- Pengeditan foto atau gaya foto,

atau pun,

- Ter'ilusi' hasil kefahaman serta aplikasi jurufotonya (sengaja atau tidak sengaja) terhadap penggunaan unsur seni dan PRINSIP SENI dalam foto yang dihasilkannya.

Sepanjang beberapa 'Vol.#' untuk tajuk ini, aku akan selitkan beberapa foto untuk kefahaman lebih mudah tentang PRINSIP SENI yang digunakan dalam sesebuah karya dan mungkin hanya sedikit aku menggunakan (mungkin juga tidak ada) istilah atau ilmu dalam fotografi secara formal yang digunapakai oleh jurufoto sebenar (amatur mahupun profesional). "Aku Hanyalah PEMAIN dalam gelanggang SENIFOTO, Bukanlah JURUFOTO"



'[SeniFoto] Mengaplikasikan Prinsip Seni Dalam Fotografi'

Definisi Unsur-Unsur & Prinsip Seni dan Rekaan (Elements & Principle Of Art and Design)

Berikut adalah beberapa definisi yang aku cungkil melalui Carian Internet yang menyentuh tentang unsur seni dan prinsip seni. Maksudnya cukup 'jelak' untuk aku membacanya satu persatu kerana ia tetap tidak berubah dari sejak kaedah mencari bahan melalui buku / rujukan / makalah, sampai dengan cara layaran internet sebegini. 
...........................................................................................................................................................
"The elements and principles of design are the building blocks used to create a work of art. The elements of design can be thought of as the things that make up a painting, drawing, design etc. Good or bad - all paintings will contain most of if not all, the seven elements of design.

The Principles of design can be thought of as what we do to the elements of design. How we apply the Principles of design determines how successful we are in creating a work of art." - http://www.johnlovett.com/
...........................................................................................................................................................
"The elements of art are the building blocks used by artists to create a work of art." - https://www.getty.edu/
...........................................................................................................................................................
"The principles of visual art are the rules, tools and/or guidelines that artists use to organize the elements of art in an artwork" - Wikipedia
...........................................................................................................................................................
"Prinsip seni ialah resipi yang penting dalam menjadikan sesebuah karya itu berkualiti atau tidak. Sekiranya karya tersebut ada semua elemen seperti garisan, value dan lain-lain tu tapi jika tak pandai mengolahnya dengan cara yang sesuai, hasil tersebut mungkin tidak memuaskan." -  http://psvisual.wordpress.com/
...........................................................................................................................................................
DAN BANYAK LAGI...boleh cari lagi. 
...........................................................................................................................................................

Jika dilihat pada tajuk pembicaraan ini, aku dilihat seperti tidak mengaitkan UNSUR SENI dalam fotografi. Seolah-olah memisahkan perkaitan penting antara Unsur dan Prinsip seni dalam menghasilkan sesuatu karya seni.

Pendapat aku. Kenapa?

Unsur Seni
  • Garisan (Line)
  • Jalinan (Texture)
  • Rupa (Shape)
  • Bentuk (Form)
  • Ruang (Space)
  • Warna (Colour)
Melihat pada unsur-unsur seni di atas, pendapat aku, fotografi terlalu kerdil untuk menterjemahkan ke'semulajadi'an unsur-unsur seni tersebut yang sememangnya telah SEMULAJADI wujud dan indah. Bagaimana kita nak menonjolkan unsur tersebut dalam FOTOGRAFI? Inilah yang aku cuba tekankan tentang mengaplikasikan PRINSIP SENI dalam karya FOTOGRAFI.

Prinsip Seni
  • Imbangan / Seimbang (Balance)
  • Harmoni 
  • Kontra 
  • Penegasan
  • Ritma / Kesan Pergerakan
  • Kepelbagaian
  • Kesatuan (Unity)
Pengetahuan mendalam berkenaan Prinsip Rekaan inilah yang akan mengolah tentang bagaimana kita :
  • Menonjolkan GARISAN ufuk di barat tatkala matahari terbenam (sebagai contoh)
  • Mengeluarkan emosi amarah JALINAN (texture) pada kulit pokok (sebagai contoh)
  • Meluahkan rasa romantis suami isteri melalui RUPA bebayang badan disebalik matahari (sebagai contoh)
  • Memperlihatkan kegagahan dan keindahan BENTUK bangunan KLCC (sebagai contoh)
  • Menunjukkan RUANG perspektif dari kejauhan pasukan yang melakukan perarakan sambutan hari kemerdekaan (sebagai contoh)
  • dan, keharmonian WARNA WARNI sambutan perayaan setiap kaum di Malaysia. (sebagai contoh)
dari penjelasan kecil tersebut, bolehlah aku menterjemahkan secara puitisnya tentang Unsur Seni dan Prinsip Seni dalam fotografi ini adalah :

Unsur Seni - "Ibarat suatu kawasan Air Terjun yang kita tidak dapat mengubah tempat jatuhan airnya yang deras dengan kudrat yang kita ada."


Prinsip Seni - "Kitalah yang akan menjadikan suatu kawasan air terjun itu menarik dan memperindahkannya untuk dikunjungi serta berpotensi untuk dimajukan"

Insya Allah, dengan niat yang baik dan ikhlas untuk berkongsi sesuatu ini, semoga ianya akan dapat memberikan manfaat dan ilmu yang berguna kepada para pembaca yang budiman. Berjumpa lagi pada pos akan datang untuk tajuk '[SeniFoto] Mengaplikasikan Prinsip Seni Dalam Fotografi'. 



- Wallahua'lam -
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Media Blogger

0 comments:

Post a Comment

©RonieMisran. Powered by Blogger.
 
Toggle Footer
Top