Sunday, January 12, 2014
0 comments

[SmudgeArt]?

'Smudge' dalam kata bidang seni lukis secara tampak merupakan suatu teknik gosokan secara halus suatu lukisan untuk mewujudkan kesan bayang, membentuk ton atau gaya tarikan pada karya. Ini dapat kita lihat lebih jelas melalui penghasilan lukisan potret menggunakan media pastel (chalk) atas kertas. Pelukis akan menggosok pada setiap calitan warna pastel tersebut (biasanya menggunakan jari pelukis) bagi me'lembut'kan ton warna yang kasar dan ilusi bayang pada kulit mahupun objek yang lain.

Kini dengan era grafik digital, karya-karya sedemikian turut mengambil bahagian dengan caranya yang tersendiri. Olahan kreativiti dari individu yang kreatif, memanipulasi segala 'tools' yang ada pada perisian peng'edit'an foto terkenal 'Adobe Photoshop', menghasilkan satu gaya yang disebut 'SmudgeArt', asal dari 'tool' yang terdapat pada perisian tersebut,' Smudge Tool'. Ia hanya digosokkan pada foto seseorang sambil mengawal tekanan mahupun 'Opacity' dan juga jenis berus, mengikut kreativiti pengkarya.

Tool Smudge
Di sini aku lampirkan beberapa karya yang dihasilkan oleh seorang sahabat FB yang boleh aku katakan sebagai rujukan yang terbaik setakat ini di Malaysia, Saudara Mohd Sayuti Mat Daud.





Boleh lawati FB page 'Artpicgraphic' yang menonjolkan sebilangan karya beliau. Turut termuat atau klik sahaja di sini untuk video tutorial teknik dari beliau.


Comments
0 Comments
Facebook Comments by Media Blogger

0 comments:

Post a Comment

©RonieMisran. Powered by Blogger.
 
Toggle Footer
Top