0 comments

Profil






Ronie Bin Misran (Blogger) ~ Siswazah lepasan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor. Jurusan Seni Lukis & Senireka dalam bidang Grafik & Multimedia pada tahun 2000~2004. Walaupun mempelopori bidang grafik dan multimedia, namun kecenderungan blogger lebih kepada seni halus. Tidak hairanlah jika sewaktu belajar dahulu, sehabis kuliah bidang yang didaftarkan di UiTM, blogger tidak pernah tidak akan singgah ke studio pelajar seni halus bagi melihat ke'aneh'an karya-karya ciptaan pelajar-pelajar jurusan tersebut.

         Anak sulung dari empat beradik ini lahir pada 06 April 1980 bersamaan 20 Jamadil Awwal 1400H, pada hari Ahad di Hospital Besar Tawau. Anak jati daerah Tawau yang sejak kecilnya tinggal di Kampung Batu 2 Jalan Apas yang kini di kenali dengan nama Kampung Habib Abdul Rahman. Membesar dalam era gemilang majalah kartun GILA-GILA, sememangnya blogger cukup mengenali nama-nama besar kartunis dan pelukis ketika itu antaranya Jaafar Taib (kini bergelar Dato'), Raja Kartun Malaysia (Allahyarham) Rejabhad, Ujang (kartunis favourite blogger), Zainal Buang Hussein dan banyak nama-nama lagi ketika itu yang sememangnya blogger tidak akan melepaskan peluang mengikuti dan mengamati karya-karya mereka. Terima Kasih kerana sentiasa memberikan inspirasi secara tidak langsung terhadap minat blogger sehingga ke hari ini.

 Memulakan alam persekolahan di Tadika Holy Trinity dan menghabiskan alam rendah persekolahan di SK Holy Trinity.Seterusnya menyambung persekolahan di SMK Jalan Apas sehingga ke tingkatan 5. Di sekolah inilah, blogger bertuah dipertemukan dengan seorang guru seni (Cikgu Arbin Setta) yang amat komited berkenaan hasil-hasil seni sehinggakan, ketika itu, blogger antara salah seorang penggerak kepada projek menyiapkan mural 'gergasi' sekolah. Blogger meneruskan alam persekolahan tingkatan 6 di SMK Tawau dan pada ketika ini, sekali lagi kami para pelukis, diberikan tanggungjawab menyiapkan latar belakang tayangan teater sekolah yang diadakan di Perpustakaan Daerah Tawau yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat di sekitar daerah Tawau.

           Cita-cita yang sebenarnya bergiat aktif dalam lapangan yang diminati namun perancangan Allah SWT terhadap setiap hamba-NYA cukup sempurna dan mengandungi hikmah tersendiri. Kini blogger berkhidmat sebagai guru di Kementerian Pelajaran Malaysia dan menjalankan aktiviti seni  secara separuh masa. Terbaru, pada tahun 2013 ini, dilantik sebagai Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual.






Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

©RonieMisran. Powered by Blogger.
 
Toggle Footer
Top